Alhamdulillah


Bismillah. Setelah sekian lama tangan ini tidak menaip disebabkan kesibukan yang melanda diri sampai lupa laman soaial aku yang satu ni haa. huaa. Rindu pada blog menyebabkan tangan yang gatai nak menaip ini kembali rakus menguasai segala keyboard lappy yang hanya diguna buat assignment. *assignment laa sangat*. muahaha. 

Aku pung dok tahu lah nok royak mende dalang blog ning *ganu* . heee. ok la. jom start. Alhamdulillah, sekarang efa menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati iaitu Tesl di UniSZA. waahh, tengok muke bangga yang bakal jadi teacher nih *blushing* . Dah nak masuk 5 bulan dah efa study kat sini. Kebetulan dekat je dengan rumah, tiap-II minggu efa balik rumah. Kampung sendiri lah katakan. haha. Untung dapat belajar dekat-II ni. Nak masuk matrik kat perlis mak tak bagi, so masuk form 6 sekejap, then dapat tawaran dari UniSZA ni. Dapat pulak course yang memang efa idam-II kan selama ni. Bila dapat tuh memang melompat-lompat lah sambil peluk mak. haha. Happy sangat-II time tuh.

Sekarang dah nak habis sem 2. Tengah study week, efa pulak accident. Alahai, time camni laa dugaan datang. Lepas satu penyakit, sakit lain pulak yang datang. Allahu. Hanya mampu bersabar je lah. Alhamdulillah jugak sebab semua final project dah beres. Boleh tenang sekejap jiwa ni. Tunggu final exam je lagi. Tak sabar nak cuti. weee.

Rindu. yup, rindu sangat-II nak jumpa sahabat efa ni sorang. Sahabat yang terlalu baik. Tolong efa tepat pada waktu yang efa memerlukan pertolongan dari seseorang. Dia. Suka buat efa happy sepanjang masa. Tapi walau tak selalu boleh jumpa, efa hanya mampu berdoa supaya Allah permudahkan urusannya. InsyaAllah. Dialah satu-II nya sahabat yang efa ada. Dia lah insan yang sanggup dengar segala luahan perasaan, kegembiraan, kesedihan, kesakitan, kesusahan yang efa tanggung. Adanya dia, buat efa lega sikit. Ada jugak tempat mengadu selepas mak sendiri. :)

Sayu nyee suasana pagi ni. Hujan rintik-II menyembah tanah yang kering. Angin sepoi-II yang sejuk sangat menyebabkan tulang belulang efa ni sengalll.. Ya Allah, sembuhkanlah sakit-II ni cepat. hurm. ok lah. setakat ni dulu hari ni . Confirm lepas cuti pulak blog ni bertaip sendiri. haha. Kbye. Muahhh setepek buat pembaca blog efa :* :D

5B (At- Tarmizi) KENANGAN TERINDAH..! :D

 
 
 
Assalamualaikum buat pembaca  blogger sekalian.. Lamanyerr efa tak update status kat blogger ni.. almaklumlah efa sibuk dengan SPM kan baru-baru ni.. so, memang tak de mase untuk blog efa yang dah berdebu, berhabuk ni..  dah 2 bulan lebih dah habis SPM, efa dah rindu dengan suasana sekolah, kawan-kawan, guru-guru, asrama dan yang paling penting pengalaman-pengalaman yang best sepanjang persekolahan dari darjah satu sampai tingkatan 5.. Efa rasa baru je masuk sekolah, tut..tut.. dah habisss,, dah tua dah efa rupenyer.. haha.. 

Tahun last (2013) memang sangat awesome lah bagi efa! Ape taknye, karenah member sorang-sorang memang tak boleh dilupekan.. kalau nak citer kat blog ni memang panjang sangatlah… tapi takpe, efa nak citer jugak, kita pendekkan citer yer .. hehe..




Bermula dari ibunda tercinta, Cikgu Norasmura binti Jusoh.. Bonda la yang paling penyayang dan sporting skali.. bonda sentiasa je buat lawak time-time blajar.. kitorang (kecuali efa..haha) pun ape lagi, tak jadi la nak tido dalam kelas.. takkan efa lupe jugak cikgu-cikgu yang sentiase baik kat kitorang, yang sudi mengajar budak-budak nakal nih,iaitu Teacher Asyida, Teacher Wan Faezah, Cikgu Mazlan, Cikgu Ramli, Cikgu Mariani, Cikgu Rabeyah, Cikgu Rosnah, Ustazah Rohani, Ustazah Zualiyah dan Ustazah Zainab even kitorang tak berape nak pandai macam budak-budak kelas lain yang dibanggakan oleh cikgu-cikgu sekalian.. :(


Ok lah, citer pasal kengkawan efa plak.. lelaki dulu la, baru perempuan.. First of all, of course ketua kelas la kan..? Nama dia Wan Muhamad Asyraf bin Wan Bakar.. kitorang panggil dia asyraf tapi sesetengah orang panggildia ‘ Burn’ . why? Entah la..efa pun tak tau, mungkin sbb dia ‘gelap’ sikit kot..haha.. sory asyraf, aku mengata kau..! Next, Ketua pengawas kat sekolah efa, nama dia Mohammad Syahmi bin Salim.. dia la ketua pengawas yang paling poyo sepanjang efa sekolah kat SMA Marang nih.. Yang sorang ni plak, namanya Atif Elham bin Kamalul Azmi. Dia ni pegang jawatan besar jugak iaitu Kapten Aspura( asrama lelaki ). Atif ni kalau buat lawak memang semua nak pecah perut. Tak tahan dengan lawak dia. Ni tak lagi bergabung dengan member sebelah dia,  Abdul Rahman bin Omar. Kalau takde diorang ni semua memang tak meriah la kelas.. :D 

Tiba lah giliran Muhammad Aqil bin Hussin atau dikenali sebagai 'Aqil Hujan'.. Aqil ni suka sangat kacau orang. Kalau time belajar memang dia tak serius cam budak lain. Tapi last-last sebelum SPM , baru nampak kesungguhannya.. hurmm, Alhamdulillah.. Then, Abdullah Hamdi bin Mustafa dengan Muhammad Amirul Iskandar bin Abdullah. Diorang ni duk depan efa dalam kelas. Suke jugak kacau efa dgn member sebelah, Karimah… and, diorang ni kalau pinjam something memang tak bagi tau dulu.. ishh..  mohon kau terasa laa.. haha
  
Wan Muhammad Muradi bin Wan Mustafa Kamal dan Amirul Asyraf bin Mohd Raffi. Kalo korang nak tau, ni la jejaka idaman budak perempuan dalam kelas efa..haa.. tak termasuk efa ehh.. Amirul ni kitorang panggil dia Ustaz Don, tak tau la knp.. mungkin dia minat ustaz Don?? Hehe.. Muradi pulak budak-budak laki panggil dia ‘sheikh Muradi’ ..haa, InsyaAllah, mane tau jadi sheikh sungguh kang.. diorang tolong doa dah tuu.. hihi..  Giliran Mohamad Syahmi Samat pulak.. Dia ni pesilat kat sekolah efa. Sama la dengan Syahmi ( KetuaPengawas ) tu.. hurmm, bagus sangatlah dua-dua nama Syahmi.. Kalau nak tau, persembahan diorang la yang paling hebat skali. Terkezut efa mase first time tengok. Memang mengujakan lah! Tak sangke diorang ni mendalami ilmu silat dengan begitu hebat sekali..hoho..

Muhammad Hanif bin Che Rashid. Dia ni susah sikit kalau bercakap dgn budak pompuan.. tu kawan efa yang kate la. Efa tak tahu mane jugak. Dia duduk depan sekali semeja la dengan Che Mohamad Abid Al-Irsyad bin Che Kadir. Makoii, panjang la name engko ni Abid. Haa.. Abid ni minat fesyen tau. Katanya nak jadi pereka fesyen. Bagus la Abid, sebab jarang tau budak laki suke fesyen.  Ade yang kata, minat fesyen just orang yang lembut-lembut, orang pompuan.. but, efa tengok Abid tak cam tu ponn.. kalau tak, sape yang nak tolong korang buat baju taste lelaki.. kan kena pakai baju kurung belaka kan.. So Abid, Chaiyok, chaiyok, chaiyok !! :D  

Yeay, dah masuk giliran budak perempuan pulak.. Firstly, Penolong Ketua kelas. Nama penuh dia Nurul Aini Shabirah binti Ismail. Kitorang panggil dia ‘Biroh’... setiap org mesti ade panggilan pelik-pelik.. takpe, asalkan tuan empunye badan tak marah kan..?! :) Shabirah ni kalau ketawa , memang dia mengilai cam Pontianak. Sape dengar memang mengerunkan la! Haha.. sebelah dia pulak, Nur Fazliana binti Mohamad. Nickname dia ‘Pana’. Fazliana ni seorang AHLONG kelas kami iaitu pengutip hutang kelas (Bendahari) .. hehe.. 

Next, Noor Hazwani binti Musa. ‘Wani’ kitorang panggil dia. Wani ni baik, sporting aje. Sebelah dia, Nur Fatehah binti Che Ramli. Nama panggilannya  ‘Tea’ @ ‘Teahah’ . Tea ni suka sangat tak datang sekolah. Dalam kelas pulak suka tido.. Tapi ko tetap comellah!  Tu la dia Teahah. Jangan marah Teahah eyy,, :)  Belakang diorang berdua ni dihuni oleh Maryam Zahidah binti Mohd Sahal dan Nurdiana Shahida binti Muhamed. Diana ni ade kembar kat sekolah lain tau. Diorang berdua ni, geng dia ramai tau.. Pastu, pasal Nuur Fahimah Solihah binti Noor Tarjudin. Fahimah ni cantek tau.. putih ‘sepuk’ kalau orang Terengganu panggil.. haha.. Sebelah dia,  Ifa Safirah binti Abd Rahim. Ifa ni kije dia tido jerr memanjang .. tak sampai seminit mula kelas, dah siap peta yang dia buat atas meja tuh.. haha.. Ifa ni  ade kembar.. Ifa ambik Akaun, Adik kembar dia ambik sains tulen, so kelas tak sama la.

Tiba la giliran Syahiidah Auni binti Abdull Aziz. Syahidah pegang jawatan sbg Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Syahidah ni asal dari perak. Suaranya memang lantang kalah budak-budak laki. Sesuai la kalau nak masuk debat. Haha.. Syahidah dapat PLKN sama dengan efa.. Siti Nur Husna binti Shamsul Bahrin pulak nak sangat dapat PLKN.. Tapi tak dapat.. kesiann.. bukan rezeki dia la tu.. efa yang tak nak pulak ni kena.. huh!.. Husna ni garang sikit tau..!  

Hah..! Giliran Wan Anis Farihah binti Wan Ghazali dengan Adilah Hafizah binti  Aziz pulak.. Dia ni kalau bertemu mesti ade je yang buat lawak.. tak kering gusi kitorang dibuatnyer.. Nurul Husna binti Apandi dan Nur Karimah binti Jamili. Diorang ni la yang paling rapat dengan efa. Walaupun kadang-kadang kitorang ade konflik ke, ape ke, kitorang tetap sayang antara satu sama lain.. Efa sentiase doakan kebahagiaan dan kecemerlangan buat korang berdua dan kengkawan yang lain. 

Dah habis dahh.. cukup ke tak 27 orang tuh..?? oh, efa sorang lagi.. tak payah citer la pasal budak comel ni @_@ (perasan ). Haha..! efa kalau boleh tak nak berpisah dengan korang tau. Sedehnyerrr…  :’( ..huhuk..  Sori sesangad la kalau kata-kata efa tu membuatkan korang rase macam nak bagi penumbuk je kat efa nii.. hehe.. kenangan dengan korang semua memang takkan hilang dari ingatan efa.. efa harap korang semua akan jalani kehidupan lepas ni dengan penuh kebahagiaan dan menjadi orang-orang yang Berjaya, Berguna also Soleh and Solehah.. Ingat, masa depan kita masih panjang lagi, so pandai-pandai la korang pikir yer..  Chou dulu, Assalamualaikum..! :) 

 
p/s : Bila korang nak buat reunion..? Nak buat jangan lupe ajak efa comel ni sekali tau…! :D

Kem Kepimpinan ..




FUUUUHHH!! (tiup sesawang)..haha...Assalamualaikum semua rakan-rakan pembaca blog...
dah 2 bulan efa tak buka blog ni tau...x derk idea satu habuk pon dalam kepala nih...
x tau nak cakap ape sbnrnya...
tapi,, hari ni adalah hari paling sedih kot bagi tahun ni...:'(
nak tahu kenapa??? jom bace kisah nyer...huhu...



Kisah bermula begini...hoo,,macam pembace crita gitu~..ok,,minggu sebelum ni cikgu kata akan diadakan kem kepimpinan kokurikulum kat pinggiran Gunung Tebu, Lata Belatan, Besut..pastu..WOW!! ..excited giler lah efa sebab dapat pegi sane...syok kalau boleh g sane tau wahai sahabat2 ku yang cantik dan hensem...hihi..boleh main air,Jungle trekking lah...fuhh...x sabar....:D.ahahaha..tapi yang peliknya cikgu x announcement pulak bila will be held..hmm...

Then masa hari Rabu minggu berikutnya (semalam),,cikgu buat pengumuman kem tersebut akan diadakan pada hari Khamis keesokannya(ari ni) .terkejut efa ngan member2,,"takkan sehari sebelum pergi baru beritahu kot"!...ape la cikgu nih...tapi tak pe,,lagi cepat lagi best...haha..balik petang tu,,efa lah paling heppy skali,,tak sabar punya fasal nak pergi sane..then,cepat2 kemas baju...then pergi check baju dalam almari,,takde yang labuh2 (baju muslimah),semua tinggal baju2 yang duduk rumah je~..mane pergi semua baju aku nih???

Rupa-rupanya adik amik la pulak...katanya ade perkhemahan bomba...pinjam baju kak Ngah(efa la) dia ni...ade ke pat0t tak bagi tahu dulu..ish...petang tu jugak ajak mak pegi beli baju...hihi...nasib baek mo0d mak mase tu OK..ahaha...ape lagi,,shopping sakan la~~...malam tu letih sesangat dengan iron baju lagi,,kemas baju,,...then,tertidur mase baring atas katil...gud nite la..

keesokan pagi,,efa bangun awal...extreamly happy sangad lah...angkut semua barang2 letak lam krete... kebetulan pegi skolah awal coz efa memang kene 
bertugas jage pagar skolah hari tu (pengawas la katekan) eheheh..pagi tadi,semua pelajar masuk ke dewan sebab ade program SUMUR (pelantikan Naqabat) dan Guru Penyayang..then lepas tu ade perjumpaan pelajar yg terlibat kem kepimpinan tu...tak sabar betul efa nak dengar taklimat ringkas pagi tadi...

cikgu tanya macam2,,semua org jawab ngan komited lah...cikgu tanya baju bawak cukup ke tak,,
kasut sukan nak jungle trekking nih,,alat kelengkapan diri,,bla bla bla...
Tetiba....jeng jeng jeng...cikgu Roslan (P.K.Koko) announcment macam ni bunyinyer...
"Kem Kepimpinan Kokurikulum ditangguhkan ke 21/3/13 iaitu 2 minggu berikutnya atas gangguan teknikal..bla bla bla..." semua pelajar kaget,, efa pulak rase nak tempik2 jer...apakah nasibku....kenapa la boleh tak jadik pulak...padahal semangat bawak barang2 semua...
dengan jilbab n baju nya gantung hayung skali...
takkan la nak bawak balik pulak...huhu...sedih betol lah!! n...yang penting memalukan!
dah la P&P berjalan spt biase,,efa pulak tak bawak buku sebijik pon hari tu...tak bawak buku,,kene denda berdiri...sedih betol hari tu...isk isk isk...

#hope cikgu2 buat prancangan awal and rapi and bagitahu tarikh betol2 kat pelajar tau! kesian aku n  member2...hmmm..

ok lah...panjang betol jalan ceritanya...k,setakat ni saje kawan2...bye2...Assalmualaikum..salam ukhuwah..:)







Lamanya Tak Update Blog...


salam sejahtera sume...lama tak update blog kan??update2...bosan jugak...
ok,,,hari ni efa nak citer pasal skull lah...
hari ni skolah SMA Marang (skolah efa lah tu),,,adakn ptandingan lumba lari...hehe...merentas desa lah...!
nak djadikan citer,,,dapat la nombor empatttt........puluh...hihihi....:D takpe la kan...
asal dapat nombor and sijil sudah (dah usaha sehabis daya upaya efa..haha) ...
efa duk sedap2 update blog ni sbnarnya belum study lagi utk peperiksaan TOV esok tau! (budax malas)...hehe...
dan untuk semua follower dan yang rajin singgah2 blog efa ni tinggal2 lah jejak yer...
dah la blog usang,,tadok org bace pulak...nanti habis naik sesawang...hehe
dan jangan lupa jugak follow twitter efa...kalau dah follow tu,,mention balik k...:)

https://twitter.com/efa_nazifa
@efa_nazifa


# 8 Idea menulis blog :)

 

Idea Menulis Blog

Konsisten atau Istiqomah dalam menulis blog memang menjadi salah satu masalah besar kepada blogger baru dan lama... Sehinggakan ada blogger menulis entri "Tiada Idea Menulis" , "Lama Tak Update", "Blog dah bersawang" dan bermacam lagi (macam efa sendiri lah kan..??) Gaya penulisan seperti ini sbnarnya kurang baik kerana akan menjatuhkan kualiti penulisan kita. Persoalannya, mengapa ada diantara blogger menulis disaat mereka sendiri tak tahu nak tulis apa?haa...

Jawapannya mudah. Mereka ingin terus berblogging, sedangkan ketika itu mereka tiada idea untuk menulis. Disini, efa ada beberapa cadangan, Bagaimana korang boleh mendapatkan idea menulis Blog.

#1 Buku

Buku adalah sumber terbaik untuk korang mendapat ilham menulis blog terutamanya blog yang berbentuk ilmiah. Jadikan buku sebagai rujukan koarng, bukan korang copy & paste secara total daripada buku tersebut. Sebaiknya, gunakan ayat korang sendiri tau. Jika sukar dan bimbang lari maksud daripada sumber yang sebenar. Bagi pendapat rfa sendiri, bolehlah nak copy & Paste dengan syarat letakan sumber sebenar ilmu tersebut (cth : Nama Buku / Penulis) hehehe...

#2 Majalah

Kaedahnya lebih kurang seperti Buku. Istimewanya majalah ni, ia akan mengeluarkan isu terkini. Infomasinya sering dicari oleh pembaca tau !.

#3 Surat Khabar

Blog Isu Semasa sering menjadikan surat khabar sebagai rujukan mereka. Malangnya, kebanyakan mereka copy & paste sahaja. Tak elok sbnarnya amalan macam nih kan...??.

#4 Gambar

Cari sebegini amat mudah dan menarik. Kita hanya perlu ambil gambar dan cipta suatu isu yang berkaitan gambar tersebut. Sebaiknya gambar yang diambil adalah milik kita sendiri. Pembaca lebih gemar artikel yang disertakan dengan gambar daripada teks semata-mata...Efa biasenya upload gambar2 kat blog nih pastu...(bace sendiri lah yer entry tuh...)..hihi...

#5 Kisah Hidup

Berkongsi pengalaman hidup dalam blog memang mudah. Banyak topik boleh dicipta.pasal kawan,,family,,diri sendiri,,or...anyone!!:).. Dengan mengunakan cara ini perlu cara yang betul. Takut tersilap langkah, orang kata kita riak, menunjuk-nunjuk, dan syok sendiri. Sebaiknya, kisah yang dikongsikan itu mempunyai pengajaran dan memberi manfaat kepada si pembaca lah...

#6 Muzik

Catatan blog akan menjadi lebih menarik dan beremosi jika diiringin dengan lagu-lagu syahdu dan lunak... Perlu diingatkan, tidak semua pembaca suka berkunjung ke blog yang memainkan lagu secara automatik. Beri peluang kepada mereka hendak mendengar atau tidak...

korang juga boleh ambil lirik lagu tersebut dan dibawahnya sertakan pemahaman korang tentang lagu tersebut. Sungguh mudah....

#7 Lihat-lihat dan tulis.

Apa yang kita nampak didepan mata boleh dijadikan topik menarik. contohnya,korang berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Tiba-tiba nampak ada seorang budak menolong nenek buta melintas jalan (contoh entah dari mana tah..). Ini juga boleh dijadikan idea dalam menulis blog tau...hihi

#8 Internet

Sekarang sungguh mudah ingin mendapatkan infomasi dengan mengunakan internet. Lebih-lebih lagi dengan adanya media sosial seperti facebook dan twitter. Berpuluh-puluh topik timbul setiap hari kat situ..

Cara dengan berkungjung ke blog orang lain juga boleh memberi idea untuk menulis blog. Berikan pula pandangan korang tentang topik tersebut. Bukan copy & paste ok.

Moga dengan 8 cara mendapatkan idea menulis blog ini dapat membantu korang untuk terus berblog. Mungkin korang juga ada cara tersendiri untuk mendapatkan idea menulis. Jika tak keberatan, kongsikan lah kat bawah eh...

Peringatan :

Dengan berblog bermacam benda kita boleh kongsikan. Namun perlu beringat tentang pahala dan dosa. Elakan berblog demi memburukan orang lain, mendedakan aurat, dan bergosip. Rasanya, korang pun faham yang mana baik dan yang mana buruk kan...?

Kawan Kita !

 
 
✿~✿ JENIS - JENIS KAWAN ✿~✿

1. KAWAN CHIPSMORE => Kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. KAWAN BUAYA => Dia ni macam buaya.. suka makan orang.. mean kawan makan kawan.

3. KAWAN PERFUME => Time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.

4. KAWAN PISAU => Mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih-lebih dengan dia.

5. KAWAN CHOCOLATE => Adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. Dia pakai ilmu apa?

6. KAWAN KAYU => Dia ni tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je.

7. KAWAN SPAN => Lembut. Seorang yang sopan-santun. Memang lembut tahap gaban. Suara pun ayu je.

8. KAWAN DURI => Dia ni suka sakitkan hati kita so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. KAWAN KAUNSELING => Yang ni jenis kerja dekat Jabatan Kebajikan kut. Semua benda dia nak tahu. Adeh!

10. KAWAN IBU => Sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak...

#Kawan Gembira senang dicari, Kawan Menangis Susah dicari
SMILE ALWAYS ! ツ

Jadilah kawan yang mampu menegur sahabat kita apabila mereka melakukan kesalahan. Berkatalah benar walaupun pahit. InsyaAllah itu kawan yang terbaik!

BLOG UPDATES..HMmm..








Assalamualaikum...Lama rasanya tak update blog...Maklumlah, efa skurunk nie smkin sibuk..banyak sangad2 aktiviti n pertandingan kat skolah yg efa masuk..rasa dah macam PM pulak..wakaka...banyak yg nk d kongsikan spnjang aktiviti yg efa masuk...antaranya..
hari tu efa masuk choral..dpt saguhati je...lepas tu masuk perkhemahan Puteri Islam peringkat negeri..wahh,,ternyata dapat johan..x caye pulak rasa..Pertandingan nasyid hari tu dapat naib johan..huhuk..efa memang aktif dlm aktiviti  nasyid tau...then,,efa masuk pulak kalam jama'ie..kalam jama'ie tu macam choral tapi dalam bahasa arab..dpt saguhati jugak,xpe la..x de rezeki kan..hmm..semalam pulak efa masuk pertandingan memasak...cikgu pilih sebab efa suka dan pandai mmasak..pandai ke??boleh la....haha..poyo~~..dapat la jugak hadiah...bnyk lg yg x smpat efa taip...laen kali pulak ye guys...semangat punya semangat..lepas ni efa akan kurang kan aktif dalam kokorikulum..nk tumpu prhatian pada pelajran..dh bnyk ketinggalan..huhu...sedih..:( kena ulangkaji balik...ok,,setakat ni shje..pegi dulu..babai...muaah!!

Puding Karamel Yummy

BAHAN:

Untuk puding:

10 biji telur
Satu tin susu pekat
Satu sudu tepung gandum
Sedikit esen vanila

Untuk karamel:

Gula

LANGKAH-LANGKAH:
Adunan Puding:

1. Pukul telur, susu pekat, tepung gandum, esen vanila. Tambahkan air sebanyak lebih kurang setengah tin susu tadi.

2. Ketika memukul, jangan terlalu kembang sehingga berbuih.

Karamel:

1. Panaskan gula di dalam kuali sehingga cair.

2. Kacau selalu agar gula mencair dengan sekata. Tambahkan sedikit air.

3. Jika sudah pekat keperangan (berwarna ala-ala golden gitu), angkat segera. Jangan sampai hangit pula.

Kukus:

1. Dalam satu bekas tupperware, tuangkan sedikit karamel membentuk satu lapisan nipis di dasar bekas tersebut.

2. Tuangkan adunan puding di atas lapisan karamel itu, sehingga lebih kurang seinci tebalnya.

3. Masukkan bekas berserta adunan itu ke dalam steamer/pengukus. Kukus sehingga masak (lebih kurang 20-30minit).

4. Setelah masak, terbalikkan bekas tersebut di atas pinggan/dulang bagi mengeluarkan puding tersebut. Biarkan ia menyejuk pada suhu bilik.

5. Masukkan puding ke dalam peti sejuk. Puding sedap dimakan ketika sejuk.

HIDANGAN:

Err..bergantung kepada tahap kelaparan orang. Rasanya cukup untuk 5-10 orang makan. -_-"