# 8 Idea menulis blog :)

 

Idea Menulis Blog

Konsisten atau Istiqomah dalam menulis blog memang menjadi salah satu masalah besar kepada blogger baru dan lama... Sehinggakan ada blogger menulis entri "Tiada Idea Menulis" , "Lama Tak Update", "Blog dah bersawang" dan bermacam lagi (macam efa sendiri lah kan..??) Gaya penulisan seperti ini sbnarnya kurang baik kerana akan menjatuhkan kualiti penulisan kita. Persoalannya, mengapa ada diantara blogger menulis disaat mereka sendiri tak tahu nak tulis apa?haa...

Jawapannya mudah. Mereka ingin terus berblogging, sedangkan ketika itu mereka tiada idea untuk menulis. Disini, efa ada beberapa cadangan, Bagaimana korang boleh mendapatkan idea menulis Blog.

#1 Buku

Buku adalah sumber terbaik untuk korang mendapat ilham menulis blog terutamanya blog yang berbentuk ilmiah. Jadikan buku sebagai rujukan koarng, bukan korang copy & paste secara total daripada buku tersebut. Sebaiknya, gunakan ayat korang sendiri tau. Jika sukar dan bimbang lari maksud daripada sumber yang sebenar. Bagi pendapat rfa sendiri, bolehlah nak copy & Paste dengan syarat letakan sumber sebenar ilmu tersebut (cth : Nama Buku / Penulis) hehehe...

#2 Majalah

Kaedahnya lebih kurang seperti Buku. Istimewanya majalah ni, ia akan mengeluarkan isu terkini. Infomasinya sering dicari oleh pembaca tau !.

#3 Surat Khabar

Blog Isu Semasa sering menjadikan surat khabar sebagai rujukan mereka. Malangnya, kebanyakan mereka copy & paste sahaja. Tak elok sbnarnya amalan macam nih kan...??.

#4 Gambar

Cari sebegini amat mudah dan menarik. Kita hanya perlu ambil gambar dan cipta suatu isu yang berkaitan gambar tersebut. Sebaiknya gambar yang diambil adalah milik kita sendiri. Pembaca lebih gemar artikel yang disertakan dengan gambar daripada teks semata-mata...Efa biasenya upload gambar2 kat blog nih pastu...(bace sendiri lah yer entry tuh...)..hihi...

#5 Kisah Hidup

Berkongsi pengalaman hidup dalam blog memang mudah. Banyak topik boleh dicipta.pasal kawan,,family,,diri sendiri,,or...anyone!!:).. Dengan mengunakan cara ini perlu cara yang betul. Takut tersilap langkah, orang kata kita riak, menunjuk-nunjuk, dan syok sendiri. Sebaiknya, kisah yang dikongsikan itu mempunyai pengajaran dan memberi manfaat kepada si pembaca lah...

#6 Muzik

Catatan blog akan menjadi lebih menarik dan beremosi jika diiringin dengan lagu-lagu syahdu dan lunak... Perlu diingatkan, tidak semua pembaca suka berkunjung ke blog yang memainkan lagu secara automatik. Beri peluang kepada mereka hendak mendengar atau tidak...

korang juga boleh ambil lirik lagu tersebut dan dibawahnya sertakan pemahaman korang tentang lagu tersebut. Sungguh mudah....

#7 Lihat-lihat dan tulis.

Apa yang kita nampak didepan mata boleh dijadikan topik menarik. contohnya,korang berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Tiba-tiba nampak ada seorang budak menolong nenek buta melintas jalan (contoh entah dari mana tah..). Ini juga boleh dijadikan idea dalam menulis blog tau...hihi

#8 Internet

Sekarang sungguh mudah ingin mendapatkan infomasi dengan mengunakan internet. Lebih-lebih lagi dengan adanya media sosial seperti facebook dan twitter. Berpuluh-puluh topik timbul setiap hari kat situ..

Cara dengan berkungjung ke blog orang lain juga boleh memberi idea untuk menulis blog. Berikan pula pandangan korang tentang topik tersebut. Bukan copy & paste ok.

Moga dengan 8 cara mendapatkan idea menulis blog ini dapat membantu korang untuk terus berblog. Mungkin korang juga ada cara tersendiri untuk mendapatkan idea menulis. Jika tak keberatan, kongsikan lah kat bawah eh...

Peringatan :

Dengan berblog bermacam benda kita boleh kongsikan. Namun perlu beringat tentang pahala dan dosa. Elakan berblog demi memburukan orang lain, mendedakan aurat, dan bergosip. Rasanya, korang pun faham yang mana baik dan yang mana buruk kan...?

Kawan Kita !

 
 
✿~✿ JENIS - JENIS KAWAN ✿~✿

1. KAWAN CHIPSMORE => Kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. KAWAN BUAYA => Dia ni macam buaya.. suka makan orang.. mean kawan makan kawan.

3. KAWAN PERFUME => Time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.

4. KAWAN PISAU => Mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih-lebih dengan dia.

5. KAWAN CHOCOLATE => Adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. Dia pakai ilmu apa?

6. KAWAN KAYU => Dia ni tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je.

7. KAWAN SPAN => Lembut. Seorang yang sopan-santun. Memang lembut tahap gaban. Suara pun ayu je.

8. KAWAN DURI => Dia ni suka sakitkan hati kita so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. KAWAN KAUNSELING => Yang ni jenis kerja dekat Jabatan Kebajikan kut. Semua benda dia nak tahu. Adeh!

10. KAWAN IBU => Sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak...

#Kawan Gembira senang dicari, Kawan Menangis Susah dicari
SMILE ALWAYS ! ツ

Jadilah kawan yang mampu menegur sahabat kita apabila mereka melakukan kesalahan. Berkatalah benar walaupun pahit. InsyaAllah itu kawan yang terbaik!

BLOG UPDATES..HMmm..








Assalamualaikum...Lama rasanya tak update blog...Maklumlah, efa skurunk nie smkin sibuk..banyak sangad2 aktiviti n pertandingan kat skolah yg efa masuk..rasa dah macam PM pulak..wakaka...banyak yg nk d kongsikan spnjang aktiviti yg efa masuk...antaranya..
hari tu efa masuk choral..dpt saguhati je...lepas tu masuk perkhemahan Puteri Islam peringkat negeri..wahh,,ternyata dapat johan..x caye pulak rasa..Pertandingan nasyid hari tu dapat naib johan..huhuk..efa memang aktif dlm aktiviti  nasyid tau...then,,efa masuk pulak kalam jama'ie..kalam jama'ie tu macam choral tapi dalam bahasa arab..dpt saguhati jugak,xpe la..x de rezeki kan..hmm..semalam pulak efa masuk pertandingan memasak...cikgu pilih sebab efa suka dan pandai mmasak..pandai ke??boleh la....haha..poyo~~..dapat la jugak hadiah...bnyk lg yg x smpat efa taip...laen kali pulak ye guys...semangat punya semangat..lepas ni efa akan kurang kan aktif dalam kokorikulum..nk tumpu prhatian pada pelajran..dh bnyk ketinggalan..huhu...sedih..:( kena ulangkaji balik...ok,,setakat ni shje..pegi dulu..babai...muaah!!

Puding Karamel Yummy

BAHAN:

Untuk puding:

10 biji telur
Satu tin susu pekat
Satu sudu tepung gandum
Sedikit esen vanila

Untuk karamel:

Gula

LANGKAH-LANGKAH:
Adunan Puding:

1. Pukul telur, susu pekat, tepung gandum, esen vanila. Tambahkan air sebanyak lebih kurang setengah tin susu tadi.

2. Ketika memukul, jangan terlalu kembang sehingga berbuih.

Karamel:

1. Panaskan gula di dalam kuali sehingga cair.

2. Kacau selalu agar gula mencair dengan sekata. Tambahkan sedikit air.

3. Jika sudah pekat keperangan (berwarna ala-ala golden gitu), angkat segera. Jangan sampai hangit pula.

Kukus:

1. Dalam satu bekas tupperware, tuangkan sedikit karamel membentuk satu lapisan nipis di dasar bekas tersebut.

2. Tuangkan adunan puding di atas lapisan karamel itu, sehingga lebih kurang seinci tebalnya.

3. Masukkan bekas berserta adunan itu ke dalam steamer/pengukus. Kukus sehingga masak (lebih kurang 20-30minit).

4. Setelah masak, terbalikkan bekas tersebut di atas pinggan/dulang bagi mengeluarkan puding tersebut. Biarkan ia menyejuk pada suhu bilik.

5. Masukkan puding ke dalam peti sejuk. Puding sedap dimakan ketika sejuk.

HIDANGAN:

Err..bergantung kepada tahap kelaparan orang. Rasanya cukup untuk 5-10 orang makan. -_-"