# 8 Idea menulis blog :)

 

Idea Menulis Blog

Konsisten atau Istiqomah dalam menulis blog memang menjadi salah satu masalah besar kepada blogger baru dan lama... Sehinggakan ada blogger menulis entri "Tiada Idea Menulis" , "Lama Tak Update", "Blog dah bersawang" dan bermacam lagi (macam efa sendiri lah kan..??) Gaya penulisan seperti ini sbnarnya kurang baik kerana akan menjatuhkan kualiti penulisan kita. Persoalannya, mengapa ada diantara blogger menulis disaat mereka sendiri tak tahu nak tulis apa?haa...

Jawapannya mudah. Mereka ingin terus berblogging, sedangkan ketika itu mereka tiada idea untuk menulis. Disini, efa ada beberapa cadangan, Bagaimana korang boleh mendapatkan idea menulis Blog.

#1 Buku

Buku adalah sumber terbaik untuk korang mendapat ilham menulis blog terutamanya blog yang berbentuk ilmiah. Jadikan buku sebagai rujukan koarng, bukan korang copy & paste secara total daripada buku tersebut. Sebaiknya, gunakan ayat korang sendiri tau. Jika sukar dan bimbang lari maksud daripada sumber yang sebenar. Bagi pendapat rfa sendiri, bolehlah nak copy & Paste dengan syarat letakan sumber sebenar ilmu tersebut (cth : Nama Buku / Penulis) hehehe...

#2 Majalah

Kaedahnya lebih kurang seperti Buku. Istimewanya majalah ni, ia akan mengeluarkan isu terkini. Infomasinya sering dicari oleh pembaca tau !.

#3 Surat Khabar

Blog Isu Semasa sering menjadikan surat khabar sebagai rujukan mereka. Malangnya, kebanyakan mereka copy & paste sahaja. Tak elok sbnarnya amalan macam nih kan...??.

#4 Gambar

Cari sebegini amat mudah dan menarik. Kita hanya perlu ambil gambar dan cipta suatu isu yang berkaitan gambar tersebut. Sebaiknya gambar yang diambil adalah milik kita sendiri. Pembaca lebih gemar artikel yang disertakan dengan gambar daripada teks semata-mata...Efa biasenya upload gambar2 kat blog nih pastu...(bace sendiri lah yer entry tuh...)..hihi...

#5 Kisah Hidup

Berkongsi pengalaman hidup dalam blog memang mudah. Banyak topik boleh dicipta.pasal kawan,,family,,diri sendiri,,or...anyone!!:).. Dengan mengunakan cara ini perlu cara yang betul. Takut tersilap langkah, orang kata kita riak, menunjuk-nunjuk, dan syok sendiri. Sebaiknya, kisah yang dikongsikan itu mempunyai pengajaran dan memberi manfaat kepada si pembaca lah...

#6 Muzik

Catatan blog akan menjadi lebih menarik dan beremosi jika diiringin dengan lagu-lagu syahdu dan lunak... Perlu diingatkan, tidak semua pembaca suka berkunjung ke blog yang memainkan lagu secara automatik. Beri peluang kepada mereka hendak mendengar atau tidak...

korang juga boleh ambil lirik lagu tersebut dan dibawahnya sertakan pemahaman korang tentang lagu tersebut. Sungguh mudah....

#7 Lihat-lihat dan tulis.

Apa yang kita nampak didepan mata boleh dijadikan topik menarik. contohnya,korang berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Tiba-tiba nampak ada seorang budak menolong nenek buta melintas jalan (contoh entah dari mana tah..). Ini juga boleh dijadikan idea dalam menulis blog tau...hihi

#8 Internet

Sekarang sungguh mudah ingin mendapatkan infomasi dengan mengunakan internet. Lebih-lebih lagi dengan adanya media sosial seperti facebook dan twitter. Berpuluh-puluh topik timbul setiap hari kat situ..

Cara dengan berkungjung ke blog orang lain juga boleh memberi idea untuk menulis blog. Berikan pula pandangan korang tentang topik tersebut. Bukan copy & paste ok.

Moga dengan 8 cara mendapatkan idea menulis blog ini dapat membantu korang untuk terus berblog. Mungkin korang juga ada cara tersendiri untuk mendapatkan idea menulis. Jika tak keberatan, kongsikan lah kat bawah eh...

Peringatan :

Dengan berblog bermacam benda kita boleh kongsikan. Namun perlu beringat tentang pahala dan dosa. Elakan berblog demi memburukan orang lain, mendedakan aurat, dan bergosip. Rasanya, korang pun faham yang mana baik dan yang mana buruk kan...?

No comments: