Konsisten atau Istiqomah dalam menulis blog memang menjadi salah satu
masalah besar kepada blogger baru dan lama... Sehinggakan ada blogger
menulis entri "Tiada Idea Menulis" , "Lama Tak Update", "Blog dah
bersawang" dan bermacam lagi (macam efa sendiri lah kan..??) Gaya penulisan seperti ini sbnarnya kurang baik
kerana akan menjatuhkan kualiti penulisan kita. Persoalannya, mengapa
ada diantara blogger menulis disaat mereka sendiri tak tahu nak tulis
apa?haa...
Jawapannya mudah. Mereka ingin terus berblogging, sedangkan ketika itu mereka tiada idea untuk menulis. Disini, efa ada beberapa cadangan, Bagaimana korang boleh mendapatkan idea menulis Blog.
Jawapannya mudah. Mereka ingin terus berblogging, sedangkan ketika itu mereka tiada idea untuk menulis. Disini, efa ada beberapa cadangan, Bagaimana korang boleh mendapatkan idea menulis Blog.
#1 Buku
Buku adalah sumber terbaik untuk korang mendapat ilham menulis blog
terutamanya blog yang berbentuk ilmiah. Jadikan buku sebagai rujukan koarng, bukan korang copy & paste secara total daripada buku
tersebut. Sebaiknya, gunakan ayat korang sendiri tau. Jika sukar dan bimbang
lari maksud daripada sumber yang sebenar. Bagi pendapat rfa sendiri, bolehlah
nak copy & Paste dengan syarat letakan sumber sebenar ilmu tersebut (cth : Nama Buku / Penulis) hehehe...
#2 Majalah
Kaedahnya lebih kurang seperti Buku. Istimewanya majalah ni, ia akan
mengeluarkan isu terkini. Infomasinya sering dicari oleh pembaca tau !.
#3 Surat Khabar
Blog Isu Semasa sering menjadikan surat khabar sebagai rujukan mereka. Malangnya, kebanyakan mereka copy & paste sahaja. Tak elok sbnarnya amalan macam nih kan...??.
#4 Gambar
Cari sebegini amat mudah dan menarik. Kita hanya perlu ambil gambar dan
cipta suatu isu yang berkaitan gambar tersebut. Sebaiknya gambar yang
diambil adalah milik kita sendiri. Pembaca lebih gemar artikel yang
disertakan dengan gambar daripada teks semata-mata...Efa biasenya upload gambar2 kat blog nih pastu...(bace sendiri lah yer entry tuh...)..hihi...
#5 Kisah Hidup
Berkongsi pengalaman hidup dalam blog memang mudah. Banyak topik boleh dicipta.pasal kawan,,family,,diri sendiri,,or...anyone!!:).. Dengan mengunakan cara ini perlu cara yang betul. Takut tersilap langkah, orang kata kita riak, menunjuk-nunjuk, dan syok sendiri. Sebaiknya, kisah yang dikongsikan itu mempunyai pengajaran dan memberi manfaat kepada si pembaca lah...#6 Muzik
Catatan blog akan menjadi lebih menarik dan beremosi jika diiringin dengan lagu-lagu syahdu dan lunak... Perlu diingatkan, tidak semua pembaca suka berkunjung ke blog yang memainkan lagu secara automatik. Beri peluang kepada mereka hendak mendengar atau tidak...korang juga boleh ambil lirik lagu tersebut dan dibawahnya sertakan pemahaman korang tentang lagu tersebut. Sungguh mudah....
#7 Lihat-lihat dan tulis.
Apa yang kita nampak didepan mata boleh dijadikan topik menarik. contohnya,korang berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Tiba-tiba nampak ada seorang budak menolong nenek buta melintas jalan (contoh entah dari mana tah..). Ini juga boleh dijadikan idea dalam menulis blog tau...hihi#8 Internet
Sekarang sungguh mudah ingin mendapatkan infomasi dengan mengunakan internet. Lebih-lebih lagi dengan adanya media sosial seperti facebook dan twitter. Berpuluh-puluh topik timbul setiap hari kat situ..Cara dengan berkungjung ke blog orang lain juga boleh memberi idea untuk menulis blog. Berikan pula pandangan korang tentang topik tersebut. Bukan copy & paste ok.
Moga dengan 8 cara mendapatkan idea menulis blog ini dapat membantu korang untuk terus berblog. Mungkin korang juga ada cara tersendiri untuk mendapatkan idea menulis. Jika tak keberatan, kongsikan lah kat bawah eh...