Alhamdulillah


Bismillah. Setelah sekian lama tangan ini tidak menaip disebabkan kesibukan yang melanda diri sampai lupa laman soaial aku yang satu ni haa. huaa. Rindu pada blog menyebabkan tangan yang gatai nak menaip ini kembali rakus menguasai segala keyboard lappy yang hanya diguna buat assignment. *assignment laa sangat*. muahaha. 

Aku pung dok tahu lah nok royak mende dalang blog ning *ganu* . heee. ok la. jom start. Alhamdulillah, sekarang efa menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati iaitu Tesl di UniSZA. waahh, tengok muke bangga yang bakal jadi teacher nih *blushing* . Dah nak masuk 5 bulan dah efa study kat sini. Kebetulan dekat je dengan rumah, tiap-II minggu efa balik rumah. Kampung sendiri lah katakan. haha. Untung dapat belajar dekat-II ni. Nak masuk matrik kat perlis mak tak bagi, so masuk form 6 sekejap, then dapat tawaran dari UniSZA ni. Dapat pulak course yang memang efa idam-II kan selama ni. Bila dapat tuh memang melompat-lompat lah sambil peluk mak. haha. Happy sangat-II time tuh.

Sekarang dah nak habis sem 2. Tengah study week, efa pulak accident. Alahai, time camni laa dugaan datang. Lepas satu penyakit, sakit lain pulak yang datang. Allahu. Hanya mampu bersabar je lah. Alhamdulillah jugak sebab semua final project dah beres. Boleh tenang sekejap jiwa ni. Tunggu final exam je lagi. Tak sabar nak cuti. weee.

Rindu. yup, rindu sangat-II nak jumpa sahabat efa ni sorang. Sahabat yang terlalu baik. Tolong efa tepat pada waktu yang efa memerlukan pertolongan dari seseorang. Dia. Suka buat efa happy sepanjang masa. Tapi walau tak selalu boleh jumpa, efa hanya mampu berdoa supaya Allah permudahkan urusannya. InsyaAllah. Dialah satu-II nya sahabat yang efa ada. Dia lah insan yang sanggup dengar segala luahan perasaan, kegembiraan, kesedihan, kesakitan, kesusahan yang efa tanggung. Adanya dia, buat efa lega sikit. Ada jugak tempat mengadu selepas mak sendiri. :)

Sayu nyee suasana pagi ni. Hujan rintik-II menyembah tanah yang kering. Angin sepoi-II yang sejuk sangat menyebabkan tulang belulang efa ni sengalll.. Ya Allah, sembuhkanlah sakit-II ni cepat. hurm. ok lah. setakat ni dulu hari ni . Confirm lepas cuti pulak blog ni bertaip sendiri. haha. Kbye. Muahhh setepek buat pembaca blog efa :* :D

5B (At- Tarmizi) KENANGAN TERINDAH..! :D

 
 
 
Assalamualaikum buat pembaca  blogger sekalian.. Lamanyerr efa tak update status kat blogger ni.. almaklumlah efa sibuk dengan SPM kan baru-baru ni.. so, memang tak de mase untuk blog efa yang dah berdebu, berhabuk ni..  dah 2 bulan lebih dah habis SPM, efa dah rindu dengan suasana sekolah, kawan-kawan, guru-guru, asrama dan yang paling penting pengalaman-pengalaman yang best sepanjang persekolahan dari darjah satu sampai tingkatan 5.. Efa rasa baru je masuk sekolah, tut..tut.. dah habisss,, dah tua dah efa rupenyer.. haha.. 

Tahun last (2013) memang sangat awesome lah bagi efa! Ape taknye, karenah member sorang-sorang memang tak boleh dilupekan.. kalau nak citer kat blog ni memang panjang sangatlah… tapi takpe, efa nak citer jugak, kita pendekkan citer yer .. hehe..




Bermula dari ibunda tercinta, Cikgu Norasmura binti Jusoh.. Bonda la yang paling penyayang dan sporting skali.. bonda sentiasa je buat lawak time-time blajar.. kitorang (kecuali efa..haha) pun ape lagi, tak jadi la nak tido dalam kelas.. takkan efa lupe jugak cikgu-cikgu yang sentiase baik kat kitorang, yang sudi mengajar budak-budak nakal nih,iaitu Teacher Asyida, Teacher Wan Faezah, Cikgu Mazlan, Cikgu Ramli, Cikgu Mariani, Cikgu Rabeyah, Cikgu Rosnah, Ustazah Rohani, Ustazah Zualiyah dan Ustazah Zainab even kitorang tak berape nak pandai macam budak-budak kelas lain yang dibanggakan oleh cikgu-cikgu sekalian.. :(


Ok lah, citer pasal kengkawan efa plak.. lelaki dulu la, baru perempuan.. First of all, of course ketua kelas la kan..? Nama dia Wan Muhamad Asyraf bin Wan Bakar.. kitorang panggil dia asyraf tapi sesetengah orang panggildia ‘ Burn’ . why? Entah la..efa pun tak tau, mungkin sbb dia ‘gelap’ sikit kot..haha.. sory asyraf, aku mengata kau..! Next, Ketua pengawas kat sekolah efa, nama dia Mohammad Syahmi bin Salim.. dia la ketua pengawas yang paling poyo sepanjang efa sekolah kat SMA Marang nih.. Yang sorang ni plak, namanya Atif Elham bin Kamalul Azmi. Dia ni pegang jawatan besar jugak iaitu Kapten Aspura( asrama lelaki ). Atif ni kalau buat lawak memang semua nak pecah perut. Tak tahan dengan lawak dia. Ni tak lagi bergabung dengan member sebelah dia,  Abdul Rahman bin Omar. Kalau takde diorang ni semua memang tak meriah la kelas.. :D 

Tiba lah giliran Muhammad Aqil bin Hussin atau dikenali sebagai 'Aqil Hujan'.. Aqil ni suka sangat kacau orang. Kalau time belajar memang dia tak serius cam budak lain. Tapi last-last sebelum SPM , baru nampak kesungguhannya.. hurmm, Alhamdulillah.. Then, Abdullah Hamdi bin Mustafa dengan Muhammad Amirul Iskandar bin Abdullah. Diorang ni duk depan efa dalam kelas. Suke jugak kacau efa dgn member sebelah, Karimah… and, diorang ni kalau pinjam something memang tak bagi tau dulu.. ishh..  mohon kau terasa laa.. haha
  
Wan Muhammad Muradi bin Wan Mustafa Kamal dan Amirul Asyraf bin Mohd Raffi. Kalo korang nak tau, ni la jejaka idaman budak perempuan dalam kelas efa..haa.. tak termasuk efa ehh.. Amirul ni kitorang panggil dia Ustaz Don, tak tau la knp.. mungkin dia minat ustaz Don?? Hehe.. Muradi pulak budak-budak laki panggil dia ‘sheikh Muradi’ ..haa, InsyaAllah, mane tau jadi sheikh sungguh kang.. diorang tolong doa dah tuu.. hihi..  Giliran Mohamad Syahmi Samat pulak.. Dia ni pesilat kat sekolah efa. Sama la dengan Syahmi ( KetuaPengawas ) tu.. hurmm, bagus sangatlah dua-dua nama Syahmi.. Kalau nak tau, persembahan diorang la yang paling hebat skali. Terkezut efa mase first time tengok. Memang mengujakan lah! Tak sangke diorang ni mendalami ilmu silat dengan begitu hebat sekali..hoho..

Muhammad Hanif bin Che Rashid. Dia ni susah sikit kalau bercakap dgn budak pompuan.. tu kawan efa yang kate la. Efa tak tahu mane jugak. Dia duduk depan sekali semeja la dengan Che Mohamad Abid Al-Irsyad bin Che Kadir. Makoii, panjang la name engko ni Abid. Haa.. Abid ni minat fesyen tau. Katanya nak jadi pereka fesyen. Bagus la Abid, sebab jarang tau budak laki suke fesyen.  Ade yang kata, minat fesyen just orang yang lembut-lembut, orang pompuan.. but, efa tengok Abid tak cam tu ponn.. kalau tak, sape yang nak tolong korang buat baju taste lelaki.. kan kena pakai baju kurung belaka kan.. So Abid, Chaiyok, chaiyok, chaiyok !! :D  

Yeay, dah masuk giliran budak perempuan pulak.. Firstly, Penolong Ketua kelas. Nama penuh dia Nurul Aini Shabirah binti Ismail. Kitorang panggil dia ‘Biroh’... setiap org mesti ade panggilan pelik-pelik.. takpe, asalkan tuan empunye badan tak marah kan..?! :) Shabirah ni kalau ketawa , memang dia mengilai cam Pontianak. Sape dengar memang mengerunkan la! Haha.. sebelah dia pulak, Nur Fazliana binti Mohamad. Nickname dia ‘Pana’. Fazliana ni seorang AHLONG kelas kami iaitu pengutip hutang kelas (Bendahari) .. hehe.. 

Next, Noor Hazwani binti Musa. ‘Wani’ kitorang panggil dia. Wani ni baik, sporting aje. Sebelah dia, Nur Fatehah binti Che Ramli. Nama panggilannya  ‘Tea’ @ ‘Teahah’ . Tea ni suka sangat tak datang sekolah. Dalam kelas pulak suka tido.. Tapi ko tetap comellah!  Tu la dia Teahah. Jangan marah Teahah eyy,, :)  Belakang diorang berdua ni dihuni oleh Maryam Zahidah binti Mohd Sahal dan Nurdiana Shahida binti Muhamed. Diana ni ade kembar kat sekolah lain tau. Diorang berdua ni, geng dia ramai tau.. Pastu, pasal Nuur Fahimah Solihah binti Noor Tarjudin. Fahimah ni cantek tau.. putih ‘sepuk’ kalau orang Terengganu panggil.. haha.. Sebelah dia,  Ifa Safirah binti Abd Rahim. Ifa ni kije dia tido jerr memanjang .. tak sampai seminit mula kelas, dah siap peta yang dia buat atas meja tuh.. haha.. Ifa ni  ade kembar.. Ifa ambik Akaun, Adik kembar dia ambik sains tulen, so kelas tak sama la.

Tiba la giliran Syahiidah Auni binti Abdull Aziz. Syahidah pegang jawatan sbg Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Syahidah ni asal dari perak. Suaranya memang lantang kalah budak-budak laki. Sesuai la kalau nak masuk debat. Haha.. Syahidah dapat PLKN sama dengan efa.. Siti Nur Husna binti Shamsul Bahrin pulak nak sangat dapat PLKN.. Tapi tak dapat.. kesiann.. bukan rezeki dia la tu.. efa yang tak nak pulak ni kena.. huh!.. Husna ni garang sikit tau..!  

Hah..! Giliran Wan Anis Farihah binti Wan Ghazali dengan Adilah Hafizah binti  Aziz pulak.. Dia ni kalau bertemu mesti ade je yang buat lawak.. tak kering gusi kitorang dibuatnyer.. Nurul Husna binti Apandi dan Nur Karimah binti Jamili. Diorang ni la yang paling rapat dengan efa. Walaupun kadang-kadang kitorang ade konflik ke, ape ke, kitorang tetap sayang antara satu sama lain.. Efa sentiase doakan kebahagiaan dan kecemerlangan buat korang berdua dan kengkawan yang lain. 

Dah habis dahh.. cukup ke tak 27 orang tuh..?? oh, efa sorang lagi.. tak payah citer la pasal budak comel ni @_@ (perasan ). Haha..! efa kalau boleh tak nak berpisah dengan korang tau. Sedehnyerrr…  :’( ..huhuk..  Sori sesangad la kalau kata-kata efa tu membuatkan korang rase macam nak bagi penumbuk je kat efa nii.. hehe.. kenangan dengan korang semua memang takkan hilang dari ingatan efa.. efa harap korang semua akan jalani kehidupan lepas ni dengan penuh kebahagiaan dan menjadi orang-orang yang Berjaya, Berguna also Soleh and Solehah.. Ingat, masa depan kita masih panjang lagi, so pandai-pandai la korang pikir yer..  Chou dulu, Assalamualaikum..! :) 

 
p/s : Bila korang nak buat reunion..? Nak buat jangan lupe ajak efa comel ni sekali tau…! :D