Alhamdulillah


Bismillah. Setelah sekian lama tangan ini tidak menaip disebabkan kesibukan yang melanda diri sampai lupa laman soaial aku yang satu ni haa. huaa. Rindu pada blog menyebabkan tangan yang gatai nak menaip ini kembali rakus menguasai segala keyboard lappy yang hanya diguna buat assignment. *assignment laa sangat*. muahaha. 

Aku pung dok tahu lah nok royak mende dalang blog ning *ganu* . heee. ok la. jom start. Alhamdulillah, sekarang efa menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati iaitu Tesl di UniSZA. waahh, tengok muke bangga yang bakal jadi teacher nih *blushing* . Dah nak masuk 5 bulan dah efa study kat sini. Kebetulan dekat je dengan rumah, tiap-II minggu efa balik rumah. Kampung sendiri lah katakan. haha. Untung dapat belajar dekat-II ni. Nak masuk matrik kat perlis mak tak bagi, so masuk form 6 sekejap, then dapat tawaran dari UniSZA ni. Dapat pulak course yang memang efa idam-II kan selama ni. Bila dapat tuh memang melompat-lompat lah sambil peluk mak. haha. Happy sangat-II time tuh.

Sekarang dah nak habis sem 2. Tengah study week, efa pulak accident. Alahai, time camni laa dugaan datang. Lepas satu penyakit, sakit lain pulak yang datang. Allahu. Hanya mampu bersabar je lah. Alhamdulillah jugak sebab semua final project dah beres. Boleh tenang sekejap jiwa ni. Tunggu final exam je lagi. Tak sabar nak cuti. weee.

Rindu. yup, rindu sangat-II nak jumpa sahabat efa ni sorang. Sahabat yang terlalu baik. Tolong efa tepat pada waktu yang efa memerlukan pertolongan dari seseorang. Dia. Suka buat efa happy sepanjang masa. Tapi walau tak selalu boleh jumpa, efa hanya mampu berdoa supaya Allah permudahkan urusannya. InsyaAllah. Dialah satu-II nya sahabat yang efa ada. Dia lah insan yang sanggup dengar segala luahan perasaan, kegembiraan, kesedihan, kesakitan, kesusahan yang efa tanggung. Adanya dia, buat efa lega sikit. Ada jugak tempat mengadu selepas mak sendiri. :)

Sayu nyee suasana pagi ni. Hujan rintik-II menyembah tanah yang kering. Angin sepoi-II yang sejuk sangat menyebabkan tulang belulang efa ni sengalll.. Ya Allah, sembuhkanlah sakit-II ni cepat. hurm. ok lah. setakat ni dulu hari ni . Confirm lepas cuti pulak blog ni bertaip sendiri. haha. Kbye. Muahhh setepek buat pembaca blog efa :* :D

No comments: